Sedih sungguh mendengar berita bahawa Pusat Medikal Universiti Malaya menghadapi krisis sumber tenaga manusia. Bukan krisis biasa tetapi krisis kritis rupanya.
Patutlah akhir-akhir ini urusan di Pusat rawatan mengambil masa yang agak lama untuk menangani masaalah pesakit. Apa yang paling ketara ialah mereka selalu kekurangan kakitangan di wad-wad.
Kenapa boleh jadi begini? Adakah kerana begitu ramai pelajar medikal yang dihantar keluar negara tidak pulang menepati kontrak mereka.
Saya memang tahu 1st hand ada beberapa orang anak buah yang terus bertugas di luar negara selepas mereka tamat pengajian. Kata mereka di sana pendapatan lebih lumayan dan mereka mampu membayar balik pinjaman atau biasiswa mereka.