Sudah lama perkara ini berlaku. Banyak orang kita turut minum bir (=beer) yang dikatakan sebagai halal. Kita nak kata apa kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan pun!
Dua tiga hari ini barulah Menteri kata terbukti bir tu tak halal! Kandungan alkoholnya melebeihi tahap yang dibenarkan oleh Islam.
Sekarang barulah mula riuh. Selama ini orang cakap tak percaya.
Tapi betul la kata orang ramai. Kalau tak halal, pihak berkuasa semestinya mengambil tindakan kerana sasaran pengguna ialah orang Islam.
Namun begitu, orang ramai pun mesti guna kepala otak sendiri juga. Namanya pun sudah 'beer' atau diterjemahkan sebagai bir. Dari dulu kita tahu nama yang tak baik membawa makna yang tidak baik.