Walaupun banyak gejala dan rintangan pihak-pihak yang menuntut BERSIH tetap utuh bersatu dalam misi mereka. Memang itu semangat berjuang; tidak mudah lentur kerana tekanan dan kekangan.
Apa yang nyata proses BERSIH akan berterusan. Sekali mara, mereka terus maju ke depan.
Sepertimana ketika berjuang menuntut kemerdekaan dahulu, pemimpin yang berjiwa rakyat dan telus ikhlas tetap dengan misi dan matlamat mereka. Apa yang dituntut ialah hak yang mutlak yang dibenarkan dibawah perlembagaan.
Sebenarnya, suara-suara dalam BN sendiri pun ada yang menyokong tetapi ramai tidak berani tampil dan berkata secara terang. Memang ramai pengecut di dalam sana!