Thursday, 24 November 2011

TERKELUAR KERANA DUKUNG

Semalam salah seorang peserta dalam rancangan Masterchef Malaysia terkeluar setelah salah meneka buah dukung.  Ada ke tahap kepakaran memasak di nilai dengan pengetahuan mengenai buah?  Bila pula buah dukung menjadi bahan masakan?

Tentu amat mengecewakan peserta berkenaan.  Dia gagal bukan kerana kegagalannya menepati piawai memasak.  Tapi dia terkeluar kerana tak dapat kenal pasti buah dukung!

Kalau ikutkan program dari US dan Australia tu ada episod peserta disuruh meneka bahan-bahan dalam masakan.  Itu termasukalah beberapa jenis buah-buahan yang digunakan dalam masakan.

Di Malaysia kita, sudah la menggunakan juri masak yang tercalar imej, cara menjuri pun menggelikan hati.  Kemudian ditambah lagi dengan episod di mana peserta hanya disuruh mengenali segala jenis buah-buahan termasuk yang tidak digunakan di dalam masakan untuk terus kekal!

Aduh!  Apa kes?

Monday, 24 October 2011

RAMAI GUNAKAN UNTUK PUNCA REZEKI

Mungkin saya saja yang kurang peka tentang hal ini.  Setelah mendengar perbualan kawan-kawan semalam baru la tahu.

Rupanya ramai bloggers menggunakan medan ini sebagai punca rezeki!  Saya ingat bloggers menggunakan ruang ini sebagai laman sosial sahaja.

Patut la ramai tu memang beriya-iya buat update.  Yang banyak berhiasan dan ada pelbagai iklan katanya sah-sah menggunakannya untuk menarik 'pelanggan' dan pendapatan!  Begitu rupanya!

Wednesday, 28 September 2011

TUP TUP HEBUH HUKUM HUDUD KEMBALI

Ribut tak ada, tiba-tiba pokok bergoncang?  Ya, tak tahu apa puncanya, tup, tup hebuh kembali pasal hukum hudud.

Hari tu hebuh pasal perkauman, kemudian pasal isu dijajah dan tak dijajah.  Sekarang isu ini pula.

Lepas tu diumumkan akan ganjaran untuk kakitangan perkhidmatan awam dan rakyat dalam budget yang akan dibentangkan nanti.  Semuanya adalah isyarat jelas.

Kalau orang yang tak peka pun jadi terbangun kaget.  Ini sah-sah pilihanraya dah dekat sangat!

Wednesday, 31 August 2011

HARI RAYA

Dah masuk hari kedua, baru dapat masuk jengok sini.  Nak rakamkan juga ucapan raya la!  :)

SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F I T R I
MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, 2 August 2011

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MEMULIAKAN
RAMADHAN AL MUBARAK

Semoga semuanya dipermudahkan buat kita.  Semoga kita dirahmati.  Amin.

Friday, 15 July 2011

PROSES BERSIH BERTERUSAN.

Walaupun banyak gejala dan rintangan pihak-pihak yang menuntut BERSIH tetap utuh bersatu dalam misi mereka.  Memang itu semangat berjuang; tidak mudah lentur kerana tekanan dan kekangan.

Apa yang nyata proses BERSIH akan berterusan.  Sekali mara, mereka terus maju ke depan.

Sepertimana ketika berjuang menuntut kemerdekaan dahulu, pemimpin yang berjiwa rakyat dan telus ikhlas tetap dengan misi dan matlamat mereka.  Apa yang dituntut ialah hak yang mutlak yang dibenarkan dibawah perlembagaan.

Sebenarnya, suara-suara dalam BN sendiri pun ada yang menyokong tetapi ramai tidak berani tampil dan berkata secara terang.  Memang ramai pengecut di dalam sana!

Wednesday, 15 June 2011

UMMC DALAM KRISIS

Sedih sungguh mendengar berita bahawa Pusat Medikal Universiti Malaya menghadapi krisis sumber tenaga manusia.  Bukan krisis biasa tetapi krisis kritis rupanya.

Patutlah akhir-akhir ini urusan di Pusat rawatan mengambil masa yang agak lama untuk menangani masaalah pesakit.  Apa yang paling ketara ialah mereka selalu kekurangan kakitangan di wad-wad.

Kenapa boleh jadi begini?  Adakah kerana begitu ramai pelajar medikal yang dihantar keluar negara tidak pulang menepati kontrak mereka.

Saya memang tahu 1st hand ada beberapa orang anak buah yang terus bertugas di luar negara selepas mereka tamat pengajian.  Kata mereka di sana pendapatan lebih lumayan dan mereka mampu membayar balik pinjaman atau biasiswa mereka.

Sunday, 29 May 2011

'BEER' HALAL?

Sudah lama perkara ini berlaku.  Banyak orang kita turut minum bir (=beer) yang dikatakan sebagai halal.  Kita nak kata apa kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan pun!

Dua tiga hari ini barulah Menteri kata terbukti bir tu tak halal!  Kandungan alkoholnya melebeihi tahap yang dibenarkan oleh Islam.

Sekarang barulah mula riuh.  Selama ini orang cakap tak percaya. 

Tapi betul la kata orang ramai.  Kalau tak halal, pihak berkuasa semestinya mengambil tindakan kerana sasaran pengguna ialah orang Islam.

Namun begitu, orang ramai pun mesti guna kepala otak sendiri juga.  Namanya pun sudah 'beer' atau diterjemahkan sebagai bir.  Dari dulu kita tahu nama yang tak baik membawa makna yang tidak baik.  

Friday, 20 May 2011

MEDIA DAN RAKYAT DIPERBUDAKKAN?

Kenyataan Menteri Kementerian Dalam Negeri dengan kata lain memberitahu bahawa semua media cetak Malaysia belum bersedia untuk mengurus diri.  Oleh sebab itu mereka perlu diawasi dengan peruntukan undang-undang.

Begitu juga dengan peruntukan beberapa undang-undang bersabit dengan aktiviti sosial dan socio-politikal.  Tujuannya katanya ialah supaya semua akan tahu bagaimana akan membawa diri.

Implikasinya amat dalam.  Apa maknanya?  Media dan rakyat diperbudakkan?

Ertinya, mereka memberitahu hanya bapa-bapa Menteri dan sekelian pucuk pimpinan pemerintah saja tahu apa yang baik.  Mereka itu sajakah yang berkemampuan melakukan segalanya secara  rasional dan baik?

Sunday, 15 May 2011

FAKTOR PERSEKITARAN KE ATAS KESIHATAN

Kata doktor, persekitaran juga mempunyai impak ke atas tahap kesihatan kita.  Persekitaran yang dimaksudkan adalah menyeluruh.  Ini termasuk juga rumah, tempat kerja, dan orang-orang disekeliling kita.

Tentulah tempat yang memberi impak maksima adalah di mana kita menghabiskan kebanyakan masa kita.  Umpamanya suasana rumah dan ahli-ahli keluarga akan memberi kesan lebih kepada mereka yang menjadi suri-rumah sepenuh masa.  Sementara orang yang banyak menghabiskan masa di tempat kerja, persekitaran kerja akan memberi impak yang lebih.

Memang mesti begitu.  Bagi mereka yang berada di rumah, keadaan dan suasana rumahtangga berkenaan akan menentukan kesihatannya.

Jika rumahtangga sentiasa bersih dan kemas; anak-anak berdisiplin dan suami penyayang, tentu suri-rumahnya tidak akan mengalami stress dan depressi.  Tetapi kalau semua kacau bilau, si ibu dan isteri akan sentiasa juga jadi kacau bilau, mudah penat, stress dan berkemungkinan akan depressi.

Begitu juga bagi pekerja di mana bos sentiasa cerewet dan mencari pasal; rakan kerja tidak membina dan kerja pula sentiasa banyak.  Mereka akan mudah letih dan stress.

Keletihan, stress dan depressi untuk tempuh masa yang lama akan menjejaskan kesihatan.  Jika persekitaran tidak membaik, tentulah tahap kesihatan juga akan memburuk. 

Tuesday, 3 May 2011

APA AGENDA GERAKAN MENDOKONG GABUNGAN PAS-UMNO

Semalam kita dengar Presiden MCA berkata bahawa mereka bersedia menyokong PKR seandainya mereka tidak taksub dengan keistimewaan orang Melayu.  Mereka mahu menjaga kepentingan orang-orang Cina.

Sebelum itu kita mendengar PM menyeru agar PAS bergabung dengan UMNO demi untuk orang Melayu.  Ada juga seruan agar DAP bergabung dalam BN untuk mereka dapat menjaga kepentingan orang-orang Cina.

Hari ini kita mendengar bahawa Gerakan pula mendokong gabungan PAS-UMNO.  Soalannya, apa pula agenda mereka?

Kita tahu selama mereka memerintah Pulau Pinang Gerakan meminggir orang Melayu.  Tetapi atas persetujuan parti-parti harus bersatu, orang-orang UMNO terus mendokong Gerakan.  Tapi Gerakan ditumbangkan oleh orang-orang Cina.

Jelas ada agenda tersembunyi.  Kita yang tidak bermentaliti politik pun tahu bahawa ada agenda tersendiri.  Cuma kita sukar membaca kerana tidak begitu faham dengan mentaliti mereka.

Inilah yang dinamakan politik Malaysia.  Pemimpin merencana untuk kepentingan mereka!

Saturday, 23 April 2011

TURUT BLOGGING

Wak kekadang ada masa terluang.  Selalu ngelamun atau tidor saja sebab tiada orang nak berbicara diwaktu itu.

Jadi kiranya blogging boleh jadi pilihan untuk singgah berbicara.  Semua orang kata, 'mudah saja .. tulis saja apa-apa yang nak tulis!' 

Mudah bunyinya tu.   Ada dua tiga orang kawan berjanji bahawa mereka boleh layan nanti.  OK la tu!