Semalam kita dengar Presiden MCA berkata bahawa mereka bersedia menyokong PKR seandainya mereka tidak taksub dengan keistimewaan orang Melayu. Mereka mahu menjaga kepentingan orang-orang Cina.
Sebelum itu kita mendengar PM menyeru agar PAS bergabung dengan UMNO demi untuk orang Melayu. Ada juga seruan agar DAP bergabung dalam BN untuk mereka dapat menjaga kepentingan orang-orang Cina.
Hari ini kita mendengar bahawa Gerakan pula mendokong gabungan PAS-UMNO. Soalannya, apa pula agenda mereka?
Kita tahu selama mereka memerintah Pulau Pinang Gerakan meminggir orang Melayu. Tetapi atas persetujuan parti-parti harus bersatu, orang-orang UMNO terus mendokong Gerakan. Tapi Gerakan ditumbangkan oleh orang-orang Cina.
Jelas ada agenda tersembunyi. Kita yang tidak bermentaliti politik pun tahu bahawa ada agenda tersendiri. Cuma kita sukar membaca kerana tidak begitu faham dengan mentaliti mereka.
Inilah yang dinamakan politik Malaysia. Pemimpin merencana untuk kepentingan mereka!

11 comments:
Salam Wak.
Cina punya matlamat khusus!
Salam Wak.
Kenapa Melayu suka bercakaran?
Aslmkm.
Sedih kan?
Orang lain mencari satu matlamat penyatuan; sedang Melayu dari dulu hingga kini mencari titik percakaran hanya kerana iri hati & dendam. Takkan selamanya begitu?
Jika semua beriman & berpegang teguh kepada Rukun Islam, pasti tak jadi begini. Kan?
Salam Wak.
Setuju sangat dengan Datin la!
Salam Wak.
Orang Melayu kuat hasad dengki! Bodoh sendiri!
Salam kenal.
Tq kerana sudi ikut saya. Saya ikut balik.
Salam.
Memang sedih! Tapi tak boleh nak buang pulak Melayunya!
Macam mana nak sedarkan yang merugikan Melayu?
Salam ziarah.
Itu la!
Salam.
Isu panas! :)
Salam WAK.
Memang jelas jugak la!
Post a Comment